Kata Ali r.a.hu.
“ Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang lain ”
Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit. Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Zar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan memandangkan keadaan pada masa itu dia merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW. Apabila menjelang malam, dia dilihat oleh Ali r.a. Oleh kerana ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.
Pada keesokkan harinya, Abu Zar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar kerumahnya. Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu Zar. Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya: "Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke
Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Zar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk agama Islam. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Zar menjawab dengan berani "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."
Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di mana di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah." Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu Zar menemui ajalnya disitu.
Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu zar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalang perniagaan kita dengan Syam."
Pada hari berikutnya, Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya - TIDAK.
Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.
Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.
Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.