Monday, May 4, 2009

ISLAMNYA ABU ZAR GHIFARI

Kata Ali r.a.hu.

“ Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang lain ”


Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit. Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.


Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Zar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan memandangkan keadaan pada masa itu dia merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW. Apabila menjelang malam, dia dilihat oleh Ali r.a. Oleh kerana ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.


Pada keesokkan harinya, Abu Zar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar kerumahnya. Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu Zar. Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya: "Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Zar meminta Ali berjanji bercakap benar. Kemudian dia pun bertanya Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut sahaja aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas,bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau perhubungan kita diketahui orang. Semasa berjalan esok,kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan kasut aku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mengesyaki perhubungan kita."


Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Zar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk agama Islam. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Zar menjawab dengan berani "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."


Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di mana di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah." Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu Zar menemui ajalnya disitu.


Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu zar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalang perniagaan kita dengan Syam."


Pada hari berikutnya, Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya - TIDAK.


Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.


Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.


Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Sunday, May 3, 2009

Wuduk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota

wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

sEtiaP waNita Itu cAntIK

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan

seorang wanita, ia diharuskan untuk

menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk

menopang dunia; namun, harus cukup

lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya

kekuatan dari dalam untuk mampu

melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya

kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah, dan

mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam

setiap keadaan, bahkan ketika anaknya

bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam

kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi

hatinya "

"Aku memberinya

kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa

seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang

menguji kekuatannya dan ketetapan

hatinya untuk berada disisi suaminya

tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku

memberinya air mata untuk dititiskan dan

ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.