Friday, November 19, 2010

Jagalah Pandanganmu Dari Maksiat...

JAGALAH PANDANGANMU kerana memberi kesan yang besar pada anda…
Gunalah panca indera mata yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Jangan salah menggunakannya.
Mata ibarat span yang dapat meresap air dengan cepat. Begitulah fungsi mata kita apabila melihat sesuatu ia akan terus meresap ke dalam minda dan akan diproses oleh otak. Apabila proses ini berlaku nescaya mata akan gambaran melekat dalam hati dan membenarkan tindakan daripada apa yang dilihat. Menurut Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda "Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat-manisnya dalam hatinya."

JAGALAH PANDANGANMU dari melihat perkara maksiat dan dimurkai Allah. Tidak mustahil pandangan maksiat itu akan terdetik di dalam hati untuk melakukan maksiat. Diriwayat satu hari telah datang seorang saudara kepada Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah membenarkan ia melalukan zina lalu Rasullah bertanya kepadanya sekiranya perbuatan tersebut dilakukan kepada saudara kamu, adik kamu, kakak kamu atau ibu kamu apakah perasaan kamu. Lalu lelaki tersebut menjawab bahawa dia akan marah kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Lalu Rasulullah berkata begitulah perasaan saudara kepada orang yang anda lakukan zina itu. Lalu lelaki itu bertanya apakah yang harus aku lakukan Ya Rasulullah? Lalu Raulullah s.a.w. menyuruh lelaki itu menginsafi perbuatannya dan berdoa. Dengan doa ini, “Ya Allah, sucikan dan bersihkan hatiku. Jagalah dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan zina. Engkau ampunilah dosaku.” Rasulullah s.a.w. sangat menyesyorkan agar kita sentiasa berdoa dengan doa ini apabila melihat sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan. Kerana doa adalah senjata orang mukmin.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Ali , "Janganlah engkau ikuti padangan dengan padangan berikutnya, karena untukmu adalah padangan yang pertama, sedangkan selanjutnya bukan untukmu." (HR. Ahmad).
Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga mata kita dari melihat perkara maksiat dan mungkar.

Bagaimana menjaga pandanganmu dari maksiat…
1. Apabila terlihat sesuatu kemaksiatan itu beristighfarlah kamu. Kerana untuk membuang pandangan dalam hati itu ia sangat lama dan melalui proses yang sangat sukar.
2. Menjaga batasan hubungan antara lelaki dan perempuan. Islam tidak melarang terus dari berhubung pada perlu ada adab dan batasannya.
3. Sentiasalah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. berbunyi “Ya Allah, sucikan dan bersihkan hatiku. Jagalah dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan zina. Dan ampunilah dosa-dosaku.”
4. Sentiasalah basahkan lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

0 comments: